Pages

Tuesday, February 14, 2017

Bengkel Blog IABCGH 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini telah mengikuti Bengkel Blog IABCGH yang telah diadakan di Makmal 2, Menara IABCGH. Bengkel ini berlangsung selama satu hari sahaja. Pensyarah yang terlibat ialah Encik Nik Abdullah Nik Abdul Kadir dan dibantu oleh Encik Muhammad Khalil Yahaya.


Antara peserta yang hadir dalam bengkel hari ini.



Monday, February 13, 2017

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017

Hai 2017. Buat apa tu?
Tak jenguk 2016 ke? Keke.
Takde idea nak menulis..
Letak gambar je la.. Huhu.

Hari Keluarga IABCGH 2016.
Pertama kali memancing ikan.
Pertama kali dapat ikan.
Abang Hadif. Tahun ni dah mula sekolah .
Adik Hasif. Tahun ni masih lagi bersekolah di rumah pengasuh. Hehe

Saturday, February 8, 2014

Memancing l Hobi Lama Muncul Kembali

Memancing, memukat dan menyelam tembak ikan adalah antara aktiviti-aktiviti semasa tinggal di kampung dulu. Namun, memancing adalah aktiviti atau hobi yang sering saya lakukan. Setelah berpindah dari Kota Bharu ke Machang pada tahun 1997, aktiviti-aktiviti inilah yang sentiasa dilakukan pada hari minggu bersama-sama kawan-kawan sekampung. Namun, selepas saya mula melanjutkan pelajaran di Politeknik Johor Bahru dalam tahun 2005 aktiviti-aktiviti itu tidak lagi dilakukan.

Pada waktu dulu aktiviti atau hobi memancing saya hanya teknik bottom sahaja yang digunakan. Iaitu pancingan yang menggunakan umpan seperti cacing, cengkerik, anak ikan dan lain-lain lagi. Baling umpan dan tunggu sehingga umpan dimakan. Biasanya memancing dengan kawan-kawan pada hujung minggu. Lokasi hanya berdekatan dengan rumah sahaja. Biasanya ikan yang selalu dapat ialah ikan lampam, baung, sia, puyu, pisang dan lain-lain.

Kini saya telah mempelajari dan menggunakan teknik baru dalam memancing iaitu teknik mengilat atau casting. Teknik ini menggunakan umpan tiruan atau lebih dikenali sebagai gewang. Antara contoh jenama gewang-gewang yang berada di pasaran ialah  Rapala, Megabass, Lucky Craft, Evergreen dan lain-lain lagi. Gewang-gewang ini mempunyai pelbagai bentuk, warna dan aksi. Manakala kekili untuk kegunaan kaedah ini yang biasa digunakan oleh pemancing seperti kekili mendatar atau spinning dan kekili menegak yang lebih dikenali dengan panggilan baitcaster.

Teknik pancingan ini saya dapat tahu dari forum-forum memancing di internet. Banyak forum memancing di internet yang boleh diakses dan digunakan untuk mencari ilmu memancing, bertanya soalan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan hobi memancing. Antara forum memancing yang selalu saya layari ialah DarulNaimAglersLubuk.NetPancing.NetKakiPancing.NetKakiNgailForum dan lain-lain. Selain forum, blog-blog pemancing pun boleh dilayari untuk mengetahui tentang teknik mengilat ini dan teknik-teknik pancingan yang lain.

Pada permulaan memancing dengan kaedah mengilat, set pancingan yang digunakan oleh saya ialah kekili spinning iaitu Ryobi Ecusima 3000VI dan rod pancing dari jenama Abu Garcia model Vengeance 8-17lb. Pada permulaan dalam teknik mengilat, antara gewang yang digunakan oleh saya adalah seperti Rapala, Abu Island II, Ofmer, Eupro dan Bakau. Hanya jenama-jenama gewang itu sahaja mampu dibeli oleh saya. Tiada kotak gewang yang dibeli untuk meletakkan gewang tetapi saya buat sendiri menggunakan kotak video lama. Lagi pun, hanya beberapa ketul sahaja gewang yang ada dalam simpanan waktu itu.


Hasil pertama mengilat iaitu seekor ikan haruan menggunakan gewang Crank Eupro.


Gambar gewang dan kotak gewang diambil dari ahli Lubuk.Net iaitu saudara J3me. Gambar diambil ketika komplot bersama di Sg. Tanglir, Bentong, Pahang.


Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...